Print

KURSUS OPTIMAL IMPACT - "Competency Drives Productivity"

Posted in Public Course

TAJUK : KURSUS OPTIMAL IMPACT"Competency Drives Productivity"

MASTER TRAINER : SHAMSUDDIN KADIR

TARIKH : i) 3 - 4 APRIL 2019, Kuala Lumpur      ii) 21 - 22 AUG 2019, Kuala Lumpur      iii) 6 - 7 NOV 2019, Kuala Lumpur    

[click here to register online]       [click here for full brochure] 

Untuk maklumat lanjut, hubungi : suhana[at]sk.my  / info[at]sk.my / +603 - 41425300 / +6010 - 8001800

Sentiasa bersedia dan berfikir sebelum benda terjadi – Stanley Lagang Jau

 Menjadikan saya seorang yang lebih proaktif – Mohammad Helmi Hariri

Kursus OPTIMAL IMPACT dibina bagi melengkapkan setiap staf dengan teknik berfikir dan aplikasi cara kerja  yang meningkatkan lagi kualiti dan prestasi staf dalam organisasi.  Modul  yang disediakan di dalam kursus ini menjadi satu penanda aras bagi setiap staf bagi memastikan setiap mereka sentiasa menghasilkan produktiviti yang berkualiti  melalui penanda aras gaya ‘Airlines’ di mana Kemalangan, kesilapan, kelambatan, kerugian dan kerosakan adalah pilihan yang boleh dikawal bukannya Takdir. (Kepada yang beragama Islam rujuk kepada Surah An Nisa; ayat 79)

 Modul ini merupakan adaptasi dari kemahiran sistem kerja yang digunakan di dalam organisasi penerbangan yang  tidak boleh menerima kesilapan dan kesalahan yang sepatutnya tidak timbul iaitu memastikan setiap staf berada di tahap kualiti dan prestasi tertinggi. Ini menjadikan tiada kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku timbul, membuang dan mengurangkan risiko sehingga ke tahap hampir sifar, yang menjadikan semua aspek kerja sentiasa berada di tahap kualiti yang paling optimum.

Kapal terbang adalah sistem pengangkutan yang paling kritikal di dunia, berbanding Kapal Laut ataupun Lori di atas jalan raya. Ini Kerana sebuah kapal laut yang enjinnya rosak, tidak membuatkan sebuah kapal itu tenggelam, dan jurutera boleh membaikinya sewaktu ianya rosak di tengah laut, ataupun ianya boleh ditowing oleh kapal tunda ke dermaga. Sebuah lori yang rosak boleh diperbaiki oleh mekanik di bahu jalan. Ataupun boleh di ‘Towing’ untuk dibaiki di bengkel.

Bagaimana dengan kapal terbang yang  enjinnya rosak di udara? Tidak ada cara lagi untuk membaikinya. Kapal Terbang adalah sistem bisnes yang antara paling berisiko. 7th Sense of  HEEM (Eyes, Ear, Mind, Hand) Modul ini melatih krew supaya tidak membenarkan sama sekali Kesilapan, Kerosakan, Kelewatan, Kemalangan, Kerugiaan yang berpunca dari manusia itu sendiri WAJIB dielakkan, dengan mengaplikasi modul-modul teras di dalam 7th Sense of HEEM.

Kursus ini sangat sesuai untuk diaplikasi untuk staf yang bekerja di Pelabuhan, Lapangan Terbang, Kilang, Hospital, Pejabat, Bank, Markas Tentera, Pelantar MInyak, Oil & Gas (Upstream & Downstream) Penjara dan setiap organisasi yang mahu menukarkan budaya kerja gaya ‘takdir Tuhan’ dan Defence Mechanism.