Print

Kursus Integrity R.E.V.A.M.P - "Challenge Your Dedication!"

Posted in Public Course

TAJUK : Kursus INTEGRITY R.E.V.A.M.P - "Challenge Your Dedication!"

MASTER TRAINER : SHAMSUDDIN KADIR

TARIKH : i) 18 April 2019, Kuala Lumpur       ii) 12 SEPT 2019, Kuala Lumpur      

[click here to register online]       [click here for full brochure] 

Untuk maklumat lanjut, hubungi : suhana[at]sk.my  / info[at]sk.my / +603 - 41425300 / +6010 - 8001800

Modul kursus ini disediakan bagi membantu meningkatkan lagi kesedaran peserta berkenaan dengan kepentingan integriti di dalam tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Kursus ini melengkapkan elemen-elemen penting yang menjadi tunjang kepada Integiriti dalam diri individu dan menyumbang integriti dalam organisasi.

Integriti ataupun juga dikenali sebagai nilai jujur di dalam islam merupakan elemen yang amat penting bagi setiap individu. Ia merupakan indikator penting kepada kredibiliti individu yang meletakkan di mana tempat atau kedudukan  seseorang di mata masyarakat amnya.

 

Slot pertama merupakan slot teras, iaitu bertujuan bagi mengubah paradigma peserta tetang halatuju keputusan yang dilakukan di sepanjang hidupnya, iaitu samada dalam kehidupan peribadi mahupun kerjaya di dalam organisasi. Peserta akan memahami lebih 90% kehidupan mereka adalah disebabkan Pilihan yang diri mereka lakukan, bukannya Takdir ataupun Nasib. Peserta akan dibuka minda mereka agar mereka melihat apakah yang menentukan halatuju  masa depan mereka.

Slot Kedua, merupakan slot dimana peserta mempelajari kemahiran baru dengan melakukan aktiviti berkumpulan bagi melihat, menilai dan mempelajari erti integriti dan kesannya dalam pengurusan organisasi.

Di slot ketiga, ialah slot Pengurusan Kewangan Peribadi memberikan nilai tambah kepada integriti di kalangan staf, Kemahiran urus wang dengan bijak meningkatkan simpanan supaya mereka mendapat lebih kepuasan dalam kerjaya, meminimumkan masalah kewangan yang menyebabkan antara punca utama gejala rasuah di dalam organisasi mula muncul.


OBJEKTIF KURSUS

ü  Mengubah paradigma minda untuk teknik berfikir dan bertindak yang lebih positif yang meningkatkan Jenama Diri.

ü  Memberikan kemahiran staf mengawal kualiti kerja mereka supaya berprestasi bagi memastikan tahap integriti sentiasa berada di tahap yang tertinggi.

ü  Melengkapkan dan meningkatkan lagi keberkesanan staf mengurus duit gaji dengan lebih efektif, dengan izin Tuhan untuk memaksimumkan kepuasan staf bekerja. (Modul Kewangan)

Selain dari objektif di atas, kursus ini juga membantu peserta bagi memperbaharui sistem mereka bekerja mengikut keperluan untuk hari esok.

 

SASARAN PESERTA

Setiap staf yang ingin didedahkan dengan elemen yang meningkatkan integiriti individu.

 

METODOLOGI KUSUS

Sesi kursus ini akan dijayakan melalui:

a)     Ceramah pendek

b)     Case Study

c)      Pembentangan & perbincangan dalam kumpulan

d)     Role Model & Role Play

e)      Training Games & Gimmicks

 

f)       Pelan tindakan individu