Print

KURSUS COMMUNICATION P.L.U.S @ SOCIAL BEAUTY

Posted in Public Course

TAJUK : KURSUS COMMUNICATION P.L.U.S  - "Persuasive, Lasting, Unleash, Spark"

MASTER TRAINER : SHAMSUDDIN KADIR

TARIKH : i) 20 - 21 MARCH 2019, Kuala Lumpur       ii) 24 - 25 JULY 2019, Kuala Lumpur      

[click here to register online]       [click here for full brochure] 

Untuk maklumat lanjut, hubungi : suhana[at]sk.my  / info[at]sk.my / +603 - 41425300 / +6010 - 8001800


Kursus yang luarbiasa dan selama ini tidak pernah mengetahui ada kursus seperti ini dapat menerapkan cara yang lebih efektif  dalam berkomunikasi. Jika ada peluang saya ingin lagi menyertai kursus ini. SAYA SUKA JUGA.” Tuan Mohd Shaiful

“Kursus pertama dalam hidup saya yang memberi impak didalam perubahan gaya bahasa saya selepas ini. Akan dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Saya suka.” Cik Puan Nurul Fatwa Aini

 

 Kursus ini adalah bagi memastikan para Setiausaha dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran dan maklumat terkini, dalam memastikan keberkesanan mereka dalam menjalankan tugas.

Elemen Social Beauty memperkukuhkan kemahiran yang persuasif dalam menjalinkan hubungan baru dan menjaga hubungan yang sedia ada supaya lebih kukuh. Hubungan ini sama ada di antara warga organisasi, terutamanyan bos, mahupun hubungan dengan pelanggan.

Social Beauty dalam maksud lain adalah kita membuat solekan ‘make up’ kepada bahasa kita supaya cara kita berkomunikasi dengan orang lain menjadi lebih berkesan, di mana kita dapat mempengaruhi orang lain supaya seronok bekerja dengan kita. Modul ini juga memudahkan kita mencapai apa yang kita inginkan dengan menukarkan cara berkomunikasi lama kepada kaedah baru.

Apabila disebut berkesan, iaitu tujuan asal mereka menulis memo, menulis surat ataupun perbualan melalui telefon dengan pihak atasan, bawahan dan pelanggan dalam dan luaran tercapai. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, seperti dalam kebanyakan dokumen yang disediakan oleh para setiausaha.

Selari dengan hasrat Kerajaan yang mahukan sektor awam seiring dengan kemajuan yang dialami oleh para setiausaha di sektor swasta, kita menyediakan modul-modul pembelajaran yang setanding dengan keperluan setiausaha korporat swasta Insyaa Allah. Ini juga menjadikan PA awam memenuhi bukan sahaja keperluan bosnya, sebaliknya dapat memberikan impak komunikasi yang disukai oleh pelanggan luar.

“Saya sangat berbangga dan bertuah kerana kursus ini banyak memberi ilmu. Dan selama 8 tahun saya berkhidmat dengan MARA kursus ini amat saya harapkan. Ini bukan sahaja memberi keyakinan diri kepada saya, malah ilmu yang padat.” Cik Puan Emilia Shafini

 

OBJEKTIF KURSUS 

ü  Mempelajari seni berhubung dengan orang lain agar matlamat kita berkomunikasi dengan mereka tercapai dengan jayanya dan pantas. 

ü  Meningkatkan lagi kefahaman peserta berkenaan peri pentingnya memahami dan memenuhi keperluan pendengar kata-kata kita.

ü  Memperkukuhkan rangka berkomunikasi yang lebih berkesan khususnya bagi berhubung dengan bos, dengan adanya  penanda aras yang membantu melonjakkan pencapaian dan kepuasan diri untuk staf atasan dan juga pelanggan dalaman dan luaran mereka.

ü  Membuka minda peserta, bahawa tidak ada orang yang bermasalah, yang ada hanyalah komunikasi yang salah. 

Selain dari objektif di atas, kursus ini juga membantu peserta bagi memperbaharui sistem mereka bekerja mengikut keperluan untuk hari esok.

 “Saya berasa amat tertarik dengan kursus yang amat bermakna buat saya menjalani kehidupan seharian. Sekiranya saya diberi peluang menyertai kembali, saya amat bersyukur. Saya Suka.”  Tuan Mohd Izwani Bachek