Print

KURSUS TRAIN THE TRAINER (TTT)

Posted in Public Course

TAJUK : TRAIN THE TRAINER (TTT) "Sharpen Your Sword!"

MASTER TRAINER : SHAMSUDDIN KADIR

TARIKH : i) 27 - 28 FEB 2018, Kuala Lumpur       ii) 2 - 3 MAY 2019, Kuala Lumpur       iii) 30 - 31 OCT 2019, Kuala Lumpur

[click here to register online]       [click here for full brochure] 

Untuk maklumat lanjut, hubungi : suhana[at]sk.my  / info[at]sk.my / +603 - 41425300 / +6010 - 8001800

  

Kursus TRAIN THE TRAINER (2 Hari)  yang disediakan ini adalah modul kursus untuk para trainer dan juga kepada yang bakal menjadi trainer.

Kursus ini menggunakan modul yang tidak mencederakan emosi para peserta yang dikhususkan untuk sesi training dengan para peserta  yang mengamalkan budaya tempatan. Kerana kaedah melatih peserta dari barat dan tempatan adalah menggunakan dua kaedah yang berbeza terutama dalam hal berkaitan budaya, termasuk cara menegur, cara memanggil nama, cara memberi latihan, jenis-jenis aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Apabila peserta cedera emosi, mereka sebenarnya tidak mahu mempratikkan apa yang mereka pelajari.

 

Di dalam kursus ini para peserta mempelajari kemahiran demi kemahiran yang diperlukan bagi menjadikan mereka seorang trainer yang mencapai objektif, apabila mereka menjayakan kursus ataupun bengkel.

Kursus ini juga turut dilengkapi dengan modul tambahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan para trainer organisasi sewaktu menjayakan kursus, supaya lebih tinggi keberhasilan yang dicapai, Insyaa Allah.

Di dalam kursus ini ialah di mana modul Skrip Komitmen dan Kecederaan Emosi adalah keunikan yang terdapat dalam kursus Train The Trainer ataupun Training of Trainers yang dijayakan oleh Shamsuddin Kadir. Dua modul di atas adalah keperluan utama setiap latihan, di mana hasil (ROI) yang diinginkan bagi setiap perbelanjaan latihan adalah untuk memastikan para peserta mempratikkan kemahiran yang dipelajari.

Apabila teknik memindahkan kemahiran dari trainer kepada peserta tidak mengandungi skrip komitmen, peserta tidak dapat mempratikkan kerana takut dengan risiko mempratikkan modul tersebut. Apabila trainer tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kecederaan emosi peserta, mereka terbeban dengan risiko yang besar iaitu menyebabkan emosi para peserta tercedera iaituyang menyebabkan mereka tidak mahu mempratikkan apa yang mereka pelajari semasa kursus. 

Kajian kes yang diberikan akan diambil dari peserta, supaya ianya dapat dikaitkan dengan situasi sebenar mereka di dalam organisasi. Ini bagi memastikan tahap keberkesanan kursus ini tinggi dan menepati sasaran yang diinginkan dengan izin Allah SWT.

 

OBJEKTIF KURSUS

Ø  Menfokuskan  kepada ROI (hasil dan kesan), berbanding kepada menghabiskan modul tetapi peserta keliru dan tidak faham.

Ø  Meningkatkan keberkesanan kursus yang trainer jayakan supaya, peserta mereka nanti ingin mempratikkan setiap apa yang dipelajari. Ini bagi memastikan kursus yang dijayakan mencapai sasaran iaitu kemahiran yang dipindahkan, mahu dipraktikkan oleh peserta.

Ø  Memperkukuhkan pencapaian objektif sesi latihan yang dijayakan dengan memastikan tiada kecederaan emosi peserta berlaku dengan sengaja. Ini bagi memastikan peserta sentiasa merasakan selamat (dari segi emosi) sepanjang mengikuti kursus, tanpa perlu risau akan berlaku sesuatu yang akan memalukan diri mereka.

Selain dari objektif di atas, kursus ini juga membantu peserta bagi memperbaharui sistem mereka bekerja mengikut keperluan untuk hari esok.

 

Kebaikan Training TTT ini, Insyaa Allah

·        MENGENALPASTI  keperluan peserta dan membuat perubahan bahan bagi memberikan prestasi yang maximum

·         MEMBANGUNKAN kredibiliti dan kepercayaan dengan peserta dan pihak pengurusan

·         MEMPELAJARI susunan yang betul dalam training yang berkesan

·         MENJAYAKAN bengkel @ kursus dengan yakin, dan menamatkan dengan jayanya

·        MEMBANTU mengelakkan kesilapan yang dibuat oleh banyak trainer baru

 

 SASARAN PESERTA

Ø     Trainer Baru yang mahu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran baru dan ilmu. Kursus ini menyediakan sokongan kuat dalam kemahiran training yang kritikal.

Ø     Trainer sedia ada yang mencari kaedah baru yang berkesan. Insyaa Allah kursus ini dilengkapi dengan modul terkini, dengan hasil yang berkesan yang sudah diuji