Print

Master Trainer Profile

Posted in Trainer’s Profile

 MASTER TRAINER PROFILE

  


Shamsuddin Kadir merupakan perunding latihan dan jurulatih utama (trainer) SK Training Academy Sdn Bhd. Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT/1533 dan juga merupakan Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang termasuk sumber manusia, kejuruteraan, pentadbiran, kewangan, perakaunan, pemasaran dan logistik. Antara jawatan terakhir beliau adalah krew penerbangan sewa khas. Beliau yang memiliki Ijazah Pertama dalam bidang Perakaunan, UiTM Shah Alam ini juga pernah menjadi salah seorang ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Sebelum menceburi dunia latihan secara langsung, beliau berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dengan berkhidmat secara langsung di bawah seliaan beberapa CEO terkemuka seperti Mr. Robert McKay, CEO syarikat penerbangan kargo sewa khas dan juga Tuan Yim Choong Chow, Managing Director di salah sebuah syarikat perkapalan terbesar di dunia. Selain itu, beliau juga pernah berada di bawah seliaan pengerusi dan CEO sebuah syarikat berkaitan dengan pengawasan radar udara laut yang berurusan dengan sistem keselamatan negara.

Antara klien yang mendapatkan khidmat latihan beliau secara bersiri adalah seperti Malaysian Qualification (MQA), LHDN cawangan Sabah, Pandan Indah, Kota Kinabalu dan Jalan Duta, Institut Latihan Kemahiran MARA, KWSP, FRIM, RISDA, PSMB Sabah, USIM, UiTM dan lain-lain lagi. Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM) merupakan antara organisasi yang melantik SK Training Academy Sdn Bhd berturutan pada setiap tahun bagi kursus kenaikan pangkat dengan tajuk Organizational Excellence: Effective Membership. Sehingga hari ini, beliau sudah melatih lebih 50 buah organisasi di seluruh pelusuk Malaysia termasuk di Brunei.

Print

Trainer’s B Profile

Posted in Trainer’s Profile

Trainer’s B Profile Trainer’s B Profile Trainer’s B Profile Trainer’s B Profile Trainer’s B Profile Trainer’s B Profile Trainer’s B Profile Trainer’s B Profile Trainer’s B Profile Trainer’s B Profile Trainer’s B Profile