Print

KURSUS KOMUNIKASI

Posted in About Us

Bismillah. Nabi SAW

Adab berkomunikasi dalam bahasa Melayu tidak sama dengan adab berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Melalui tulisan kita di media sosial dan cara kita menjawab komen juga orang sudah tahu sejauh mana orang Melayu itu beradab.

Satu dari adab yang ada pada orang Melayu adalah menghormati orang yang lebih tua terutamanya. Apabila menulis nama orang lain yang lebih tua, ditambah pangkat seperti Prof, Dato,  ataupun gelaran seperti Encik, Cik, Puan, Tuan, Cik Puan. 

Adab yang terzahir pada seseorang individu itu, memberi kemuliaan pada ibu bapanya.

KomUnikasi dalam apa bahasa sekalipun, bawa bersama adab menghormati gaya Melayu yang seolah-olah adab itu sendiri sudah bersyahadah dengan Islam. Kerana menjaga hubungan dengan sesama manusia.

Kursus Komunikasi Gaya Tempatan antara kursus yang saya suka jayakan - kerana ianya lebih berkesan berbanding gaya barat. 

Hubungi 0341425300/0192455818 jika mahu menjayakannya di organisasi saudara / awda.

#komunikasikecantikansosial