Print

KURSUS KEWANGAN PERIBADI

Posted in About Us

Bismillah.

Tadi seorang staf INTAN yang mengikuti bicara saya (Shamsuddin Kadir) di INTAN memaklumkan bicara kewangan saya lain dari apa yang kursus kewangan peribadi yang pernah dijayakan selama ini di INTAN. 

Saya terdiam seketika. Apabila orang lama bersuara, saya melihat itu komen dari seorang yang sudah berpengalaman. 

Ya perkataan yang saya biasanya tidak suka sebut dalam kursus ataupun bicara kewangan saya adalah JIMAT dan BERBELANJA SECARA BERHEMAH. Itu antara perkataan yang kurang beradab bila dilafazkan kepada audien.

Peserta perlukan kaedah yang lebih baik dan bukannya bebelan dari penceramah / trainer.

Cadangan Kursus Berkaitan Kewangan Peribadi untuk dijayakan di organisasi tuan cik puan boleh diperolehi dengan menghubungi 03-41425300 / 019-2455818.